"I like a teacher who gives you something to take home to think about besides homework." -- Edith Ann
"Education is what remains after one has forgotten everything he learned in school."
- Albert Einstein
"Education would be so much more effective if its purpose were to ensure that by the time they leave school every boy and girl should know how much they don't know, and be imbued with a lifelong desire to know it."
-- Sir William Haley
 

PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2

Sunday, November 7, 2010


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
SEMESTER SEPTEMBER 2010
HBMT 1203
PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2

NAMA:
SALASIAH BTE HARON

NO. KAD PENGENALAN:
721212-01-5344

ALAMAT E-MAIL:
salasiah.oum@gmail.com




Isikandungan Muka surat

1. Pendahuluan.

2. Tayangan Video Menyukat Isipadu Cecair 

3. Alat Bantu Mengajar

3.1 Kumpulan Cerdik.


3.2 Kumpulan Lemah 

4. Kesimpulan

5. Bibliografi 




          
1.  Pendahuluan



          Pendidikan Matematik di sekolah rendah merupakan pendidikan asas sebelum ke peringkat lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, pengajaran dan pembelajaran Matematik sepatutnya dijadikan sebagai suatu pengalaman yang menyeronokan kepada murid-murid. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik serta bersesuaian dengan kebolehan murid perlu diambil kira.
       Banyak kajian (misalnya, Hatfield, 1994 ; Fiedler, 1989 ) menunjukkan penggunaan alat bantu mengajar matematik yang sesuai dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran Matematik lebih berkesan. Terdapat banyak alat bantu mengajar Matematik yang mudah diperolehi dan boleh diguna pakai oleh guru. Dalam alaf baru ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat memberi nafas baru dalam bidang pendidikan. Banyak laman web boleh digunakan untuk membantu guru menyampaikan pengajaran agar murid lebih mantap menguasai sesuatu konsep dalam Matematik.
        Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar Matematik yang lain tidak kurang juga pentingnya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Barroody (1987) dan Ginsburg (1977) ke atas kanak-kanak, bagi menggalakan pembelajaran lebih bermakna kepada pelajar, pengajaran Matematik perlu dimulakan dengan konkrit, perlambangan dan simbol. Semasa mengajar isipadu cecair, guru boleh menggunakan bahan yang terdapat di persekitaran murid bagi memudahkan mereka mengaitkan konsep isipadu cecair dalam kehidupan seharian. Antara bahan yang tersebut ialah teko, jag dan besen.
        Penggunaan alat bantu mengajar Matematik ini bukan sahaja memperkukuhkan penguasaan murid berkaitan dengan konsep Matematik, malah ia juga dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokan. Oleh itu, secara tidak langsung. penggunaan alat bantu mengajar Matematik ini dapat membina dorongan intrinsik murid yang sangat diperlukan dalam proses membina ilmu.




2.  Tayangan Video Menyukat Isipadu 
     Cecair






                          

3. Alat Bantu Mengajar

3.1   Kumpulan Cerdik

                            

                                                      Roda 1 Malaysia


Tajuk   :

10.  Isipadu Cecair

Kemahiran :

10.2  Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan
         piawai. 


Hasil Pembelajaran :

Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.

Bahan-bahan :

Carta Roda 1 Malaysia, gelas, jag, baldi, botol air mineral, botol air pepsi,cerek, bikar, tin susu, periuk.


Langkah-langkah aktiviti :          
                                   

1.   Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan      
      dan minta mereka bekerja secara koperatif.

2.   Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam 
      setiap kumpulan.  



3.   Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan
      seperti berikut dan setiap bekas telah diisi dengan 
      air.



                                   Bekas air




4.    Guru memanggil secara rawak wakil murid setiap
       kumpulan untuk  memusingkan Roda 1 Malaysia 
         yang dipaparkan di hadapan kelas.


5.    Berdasarkan gambar bekas  yang ditunjukkan oleh 
       anak panah setelah Roda 1 Malaysia dipusingkan,
       setiap kumpulan diminta menyukat air yang 
       menampung dalam bekas itu menggunakan gelas.
                            

    


6.   Gelas-gelas tersebut diatur dan murid dalam
      setiap kumpulan diminta mengira bilangan 
      gelas yang digunakan bagi menyukat air dalam 
      bekas itu.
          
                    
7.   Ulang langkah (4), (5), dan (6).

8.   Setiap kumpulan berpeluang memusing 
      sebanyak dua kali Roda 1 Malaysia. Sekiranya 
      anak panah pusiangan Roda 1 malaysia 
      menunjukkan gambar bekas yang sama, maka
      ahli dalam kumpulan akan diminta memusingkan
      Roda 1 Malaysia itu sekali lagi sehingga anak 
      panah menunjukkan gambar bekas yang 
      berlainan.
                           


9.   Minta murid merekodkan bilangan gelas  yang
        digunakan di dalam jadual yang telah 
      disediakan.
                          

                                                                  Jadual



10.   Minta murid membincangkan  bekas yang mana
           menampung air paling   banyak dan menampung
           menampung air paling sedikit.
                         
11.  Arahkan murid supaya menyusun bekas secara 
       menaik dari bekas yang menampung air paling
       sedikit ke bekas yang menampung air paling 
       banyak.


12.  Guru membuat rumusan tentang perbezaan bekas 
       yang digunakan untuk manampung air. Semakin
       besar bekas tersebut, maka semakin banyak air
       yang dapat ditampung dan bilangan gelas yang
       digunakan bagi menyukat air juga bertambah.
                        
                 


 3.2   Kumpulan Lemah



                                                        Pokok Gergasi


 Tajuk  :


 10.  Isipadu Cecair


 Kemahiran  :


 10.2  Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan
          piawai



 Hasil Pembelajaran :

 Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan  
 unit-unit  bukan piawai. 


 Bahan-bahan :

Carta Pokok Gergasi, gelas, mangkuk, air tin, jag, air botol pepsi, cerek.
                  
Langkah-langkah aktiviti :

1.   Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan
        meminta mereka bekerja secara koperatif.
                              
 2.  Berikan setiap kumpulan kad nombor dan satu set 
      bekas yang telah diisi dengan air.
                              



                                                            Kad nombor


 


                                                                    Bekas air
                              
                  
     
 3.   Guru memilih murid secara rawak di dalam 
       kumpulan untuk mengambil sekeping kad buah
       epal di Pokok Gergasi itu. 
                          
 4.   Di belakang setiap kad buah epal terdapat gambar 
       bekas yang berlainan.


                    

Kad buah epal


                        

   5.   Minta murid menyukat air berdasarkan gambar
            bekas yang terdapat di belakang kad buah epal
         menggunakan gelas.   


            
     


  6.   Gelas yang digunakan akan diatur dalam satu 
        baris dan murid dalam kumpulan diminta mengira
        bilangannya.   

   7.   Salah seorang ahli kumpulan yang terpantas      
        menyukat air akan diminta memilih kad nombor
        berdasarkan bilangan gelas yang digunakan 
        semasa menyukat.

  8.   Kad nombor itu dimasukkan ke dalam poket carta
        jawapan setentang dengan gambar bekas yang
        telah digunakan.    


                        
                         
                                                                       Carta jawapan
                                                                   

     9.    Ulang langkah (3), (5), (6) dan (7).


  10.    Kumpulan yang terbanyak dapat memasukkan 
           kad   nombor dalam poket carta jawapan adalah 
              pemenang.
                         
  11.    Guru membuat rumusan mengenai perbezaan     
          bekas yang telah digunakan bagi menampung
          air. Semakin besar bekas tersebut, maka semakin 
          banyak air yang dapat ditampung. Bilangan gelas
          yang digunakan untuk menyukat dalam bekas itu
          juga turut bertambah.
                                 
  

   
4.    Kesimpulan :


     Pembelajaran Matematik tidak seharusnya menjadi pembelajaran yang berbentuk 3B iaitu 'membosankan', 'membingungkan' dan 'memberatkan' di kalangan murid. Seorang pendidik perlulah sentiasa peka dan berusaha mencari idea-idea baru dalam menyampaikan pengajaran mereka bagi menarik minat murid.
     Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu cara yang boleh diaplikasikan. Penggunaan alat bantu mengajar bukan sahaja dapat membantu guru dalam penerangannya tetapi memudahkan pelajar memahami sesuatu perkara yang sedang dijelaskan oleh guru. Di samping itu, penggunaan deria murid juga tidak terbatas. Mereka bukan sahaja menggunakan deria telinga, malah turut menggunakan deria mata untuk melihat dan deria sentuh bagi memegang alatan tersebut. Dengan menggunakan banyak deria, ia dapat membantu mengukuhkan kefahaman murid dan meningkatkan daya pembelajaran mereka. Bagi guru-guru pula, alat bantu mengajar yang digunakan bukan setakat membantu proses pengajaran tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga guru semasa membuat penjelasan.
     Justeru itu, penggunaan alat bantu mengajar perlulah diperluaskan penggunaanya dan tidak terbatas kepada sesuatu matapelajaran sahaja. Semakin kerap penggunaanya maka semakin mudah objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.


  
5.  Bibliografi      


                  
 5.1 
Prof. Madya Dr. Lim Chap Sam , Prof. Madya Dr.    Fatimah Salleh . (2004) . Alat bantu mengajar  matematik Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

5.2 
Definisi ABM . Didapati pada 15 November 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM

5.3  Huraian sukatan pelajaran matematik tahun 2 . (2003) . Didapati pada 15 November 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/10910892/HURAIAN-SUKATAN-PELAJARAN-MATEMATIK-TAHUN-2

5.4  Bahan-bahan bantu mengajar.(2008) . Didapati pada 30 Julai 2010 daripada http://skdua.blogspot.com/2008/06/bahan-bantu-mengajar.html

5.5  Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong.(1986). Pengajaran dan pembelajaran matematik . Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

5.6  Measuring Capacity - Iken Library .(2007) . Didapati pada 3 Oktober 2010 daripada http://www.youtube.com/watch?v=ih-Jny73DUg

5.7  Norini Idris .(2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
The aim of education should be to teach us rather how to think, than what to think - rather to improve our minds, so as to enable us to think for ourselves, than to load the memory with thoughts of other men. ~Bill Beatti

Search This Blog


"An investment in knowledge always pays the best interest"-Benjamin Franklin